Polis trafik patah tangan dirempuh penunggang motosikal

13 Sep 2026 • 7:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis trafik patah tangan dirempuh penunggang motosikal

KOTA TINGGI – Seorang anggota polis trafik patah tangan kanan selepas dirempuh seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika operasi penguatkuasaan di sekitar bandar ini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.03 pagi ketika Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Tinggi menjalankan Op Motosikal bagi mengesan penunggang yang tidak memakai topi keledar.

Menurut beliau, ketika operasi dijalankan, polis mengesan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebelum diarahkan berhenti oleh anggota bertugas.

“Bagaimanapun, lelaki tersebut tiba-tiba bertindak melarikan diri dan melanggar anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas.

“Akibat kejadian itu, anggota berkenaan mengalami kecederaan dan pemeriksaan di Hospital Kota Tinggi mendapati dia mengalami patah tangan kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yusof berkata, suspek berjaya ditahan polis bersama motosikal yang ditunggangnya bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 322 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah. – KOSMO! ONLINE

The post Polis trafik patah tangan dirempuh penunggang motosikal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved