Port Makan Best Di Lundu, Dapur Pandan Ini Sediakan Pelbagai Sajian Menarik Untuk Anda

17 Jun 2023 • 7:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tempat makan di Lundu untuk anda.

Port Makan Best Di Lundu, Dapur Pandan Ini Sediakan Pelbagai Sajian Menarik Untuk Anda. Salah satu destinasi percutian menarik tidak jauh daripada Bandaraya Kuching, Daerah Lundu adalah salah satu tempat yang sering dikunjungi ramai.

Lundu memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dan disinilah terletaknya Gunung Gading National Park, Bukit Gondol, Family Hideout Lundu, Permata Pugu Camping Site, Rafflesia Resort dan banyak lagi. Ini membuatkan Lundu menjadi destinasi sesuai buat sesiapa yang mencari percutian singkat yang menenangkan.

image is not available
Port Makan Best Di Lundu, Dapur Pandan Ini Sediakan Pelbagai Sajian Menarik Untuk Anda. Kredit: FB Afrina Hairel

Menu yang anda boleh cuba di sini

Jika anda singgah ke Lundu untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sini, anda perlu cuba satu tempat makan istimewa kegemaran penduduk lokal di sini.

Dapur Pandan yang terletak di Kampung Pandan Lundu ini menyediakan pelbagai jenis makanan menarik untuk anda. Antara menu yang anda boleh cuba di sini adalah, Nasi Ayam Geprek, Mee Goreng, Mee Hailam, Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Kampung dan banyak lagi menu menarik yang lain.

image is not available
Kredit: FB Afrina Hairel

Untuk harga makanannya pula, anda tak perlu risau kerana makanan di sini memang berpatutan dan amat berbaloi! Suasana di sini juga santai saja, sesuai untuk anda bawa keluarga, rakan-rakan dan juga orang tersayang.

Jadi tunggu apa lagi, jika anda berpeluang untuk singgah di Lundu, anda tak perlu dah nak risau makan mana, singgah saja di Dapur Pandan ini!

Lagi tempat menarik di Lundu untuk anda terokai: