Ada Pelbagai Hidangan Menarik, Kafe Abah Wan Di Kuching Ini Jadi Kegemaran Ramai

3 Jun 2023 • 1:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelbagai juadah menarik menanti anda di sini.

Ada Pelbagai Hidangan Menarik, Kafe Abah Wan Di Kuching Ini Jadi Kegemaran Ramai. Bandaraya Kuching sememangnya terkenal dengan pelbagai kedai makan menarik dan juga terdapat variasi juadah unik yang lazat.

Untuk artikel tempat makan kali ini di I Love Borneo, kami akan berkongsi sebuah kafe kegemaran ramai penduduk di Kuching untuk anda iaitu Kafe Abang Wan yang terletak di Jalan Haji Taha.

image is not available
Ada Pelbagai Hidangan Menarik, Kafe Ab Wan Di Kuching Ini Jadi Kegemaran Ramai. Kredit gambar: FB Kafe Abah Wan

image is not available
Kredit gambar: FB Kafe Abah Wan

Menu menarik yang anda boleh cuba di sini

Pelbagai menu menarik yang disediakan di sini antaranya adalah, Nasi Briyani Lamb Shank, Nasi Briyani Ayam, Nasi Goreng Cornbeef, Mi Jawa, Mi Kolok, pelbagai jenis lauk pauk yang lazat dan macam-macam lagi menu lazat ada di sini.

Kafe Abah Wan ini menjadi salah satu port makan kegemaran penduduk lokal di sini kerana ia menyediakan pelbagai menu lazat dan lokasinya pula amat strategik.

image is not available
Kredit gambar: FB Kafe Abah Wan

image is not available
Kredit gambar: FB Kafe Abah Wan

Tempat makan sesuai buat rakan, keluarga dan orang tersayang

Beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4 petang, anda boleh bawa keluarga, rakan atau orang tersayang untuk makan pagi, makan tengah hari atau minum petang di sini.

Jadi, tunggu apa lagi, jika anda ingin menikmati makanan enak di Kuching, anda boleh singgah di Kafe Abah Wani di Jalan Haji Taha ini!

Lagi tempat makan menarik di Kuching untuk anda: