Port Makan Menarik Di Kuching, Nasi Lemak Bamboo Saji Menu Lazat Untuk Anda

14 Oct 2023 • 3:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nasi Lemak Bamboo di Kuching.

Port Makan Menarik Di Kuching, Nasi Lemak Bamboo Saji Menu Lazat Untuk Anda. Untuk penggemar nasi lemak di luar sana, apa kata anda cuba salah satu port makan yang menyajikan menu istimewa ini, iaitu di Restoran Nasi Lemak Bamboo Padungan.

Apa yang menariknya di sini, mereka mempunyai menu nasi lemak yang disajikan di dalam buluh (bamboo)!

Untuk sajian istimewa nasi lemak di sini, anda boleh memilih Nasi Lemak Kari Ayam, Nasi Lemak Beef Rendang, Nasi Lemak Ayam Rendang, Nasi Lemak Ayam Banjir dan Nasi Lemak Kari Seafood. Memang meriah pilihan nasi lemak di sini.

image is not available
Port Makan Menarik Di Kuching, Nasi Lemak Bamboo Saji Menu Lazat Untuk Anda. Kredit foto: FB Nasi Lemak Bamboo Kuching Padungan

image is not available
image is not availableKredit foto: FB Nasi Lemak Bamboo Kuching Padungan

Menu menarik lain yang anda boleh cuba

Selain daripada menu istimewa berkenaan, di sini juga ada menyediakan pelbagai jenis sajian lazat yang lain seperti Bubur Ayam, Soto Ayam, Singapore Laksa, Mee Goreng Special, Mee Siam, Otak-Otak, Pisang Goreng dan banyak lagi.

Buat penggemar Cendol pula, ada berita baik buat anda kerana di sini ada menyediakan menu Cendol Original yang sesuai dijadikan pencuci mulut di musim panas ini.

Untuk minumannya pula, kami sarankan anda untuk cuba Hainan Kopi, Hainan Cham, Milo Dinosaur, Sirap Bandung Cendol dan juga Milk Tea Gula Melaka mereka.

image is not available
Kredit foto: FB Nasi Lemak Bamboo Kuching Padungan

image is not available
Kredit foto: FB Nasi Lemak Bamboo Kuching Padungan

image is not available
Kredit foto: FB Nasi Lemak Bamboo Kuching Padungan

Harga makanan berbaloi dan berpatutan

Untuk harga makanan di sini pula, anda jangan risau ianya semua berpatutan dan tempat menjamu selera yang disediakan juga amat selesa!

Beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam,anda perlu cuba menu lazat yang disediakan di Nasi Lemak Bamboo Padungan di Kuching ini.

Lagi tempat makan menarik di Kuching untuk anda cuba di sini: