Port Makan Wajib Cuba di Sabah : Dari Kota Kinabalu ke Kundasang #JalanJalanMakan

Food
8 Nov 2025 • 9:00 AM MYT
MissWhite PrincesZIE
MissWhite PrincesZIE

Pastry is golden life. I teach pastry and always strive to be creative

image is not available
Photo Credit : jomjalan

Sabah bukan sahaja kaya dengan pemandangan indah dan pantai yang matahari terbenam, tetapi juga syurga buat kaki makan! Dari laut ke gunung, ini antara port makan wajib bila anda ke Sabah, khususnya sepanjang laluan dari Kota Kinabalu ke Kundasang :

Pasar Filipina , Kota Kinabalu Syurga makanan laut bakar. Dikenali dengan sotong gergasi, udang, ikan segar, semuanya dimasak panas-panas. Jangan lupa cuba kerang. Pasar ini juga menjual kraf tangan dan pelbagai cenderahati seperti mutiara, tekstil, dan ukiran kayu. Jangan lupa untuk singgah membeli bila datang ke Sabah ! Selain itu, port makan yang sedap adalah Yee Fung Laksa terletak di Gaya Street, ini port wajib sarapan atau brunch. Laksa Sabah mereka pekat, pedas dan penuh isi. Memang puas hati makan. Restoran ini hanya dibuka pada hari Isnin, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad (0630 AM hingga 1700 pm). Port tempat makan yang menarik seterusnya adalah Bakut Nasi Lemak Donggongon adalah nasi lemak viral dengan pelbagai pilihan lauk seperti ayam rendang, daging kicap, sotong pedas. Hidangan simple tapi padu!

Port makan wajib di datangi adalah D'Place Kinabalu adalah tempat restoran yang menghidangkan hidangan tradisionaL Kadazan-Dusun seperti Hinava, tuhau dan linopot. Ini adalah tempatnya! Ada juga persembahan kebudayaan. Restoran ini buka setiap hari seperti waktu berikut (0900 AM/1000 AM hingga 2000 PM). Kundasang Market adalah jualan segar dari ladang! Singgah sini untuk beli hasil kampung, buah-buahan tempatan, jagung manis dan juga kuih-muih Sabah. Kundasang Market terkenal sebagai syurga hasil pertanian segar dari tanah tinggi Sabah. Nasi Ayam Hainan Gunung Kinabalu adalah port makan tengahari yang terkenal di Kundasang dengan nasi ayam wangi, sup panas, sambal sedap. Sesuai selepas penat berjalan dan menikmati makanan yang sedap.

Dari Kota Kinabalu hingga ke Kundasang, Sabah penuh dengan rasa yang unik dan memikat. Setiap tempat ada ceritanya, dan setiap hidangan ada identitinya. Jadi, bawa perut kosong dan selera besar bila ke sini!


Image from: Port Makan Wajib Cuba di Sabah : Dari Kota Kinabalu ke Kundasang #JalanJalanMakan

Ada port makan atau destinasi menarik yang nak dikongsikan? Kongsi penemuan anda di Newswav dan berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM2,700!

Ketahui cara penyertaan di sini. Jangan lepaskan peluang! T&C terpakai.


MissWhite PrincesZIE (blogisgoldjijie@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.