Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei, Jom Terokai Air Terjun Wong Ruan

16 Jul 2022 • 2:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Air Terjun ini menjadi tarikan bagi penduduk tempatan di sini.

Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei, Jom Terokai Air Terjun Wong Ruan. Air terjun yang terjaga dan terbuka untuk semua menjadi salah satu tarikan para penduduk setempat untuk menghabiskan masa hujung minggu di sini.

Air Terjun Wong Ruan yang terletak di Ulu Sarikei ini merupakan tempat yang harus menjadi pilihan untuk anda terutamanya untuk yang berapa di zon tengah Sarawak. Hanya mengambil masa lebih kurang dari beberapa jam dari pekan Sarikei, anda akan melihat mercu tanda yang berwarna-warni menandakan anda sudah sampai ke destinasi.

image is not available
Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei, Jom Terokai Air Terjun Wong Ruan. Sumber gambar: FB A Plain Explorer

Ada track pejalan kaki sepanjang 1.0 kilometer.

Setelah tiba, anda akan mengambil masa untuk berjalan kaki dengan menggunakan track yang telah dibuat unntuk anda menuju ke air terjun Wong Ruan sepanjang 1.0 kilometer. Hal ini menarik kerana dalam masa yang sama anda dapat menikmati pemandangan dan aroma hutan yang masih terjaga.

Dengan kejernihan air terjun ini, anda pasti melupakan seketika hiruk pikuk dunia bandar.

Bukan itu sahaja, tarikan jambatan gantung turut menjadikan destinasi air terjun Wong Ruan pilihan untuk menikmati suasana hujung minggu yang menarik.

image is not available
Sumber gambar: FB A Plain Explorer

Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung

Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung seperti tempat untuk berbarbeque. Ini sangat sesuai untuk kegunaan pengunjung yang ingin menghabiskan masa dengan keluarga atau kawan-kawan setelah kepenatan menempuh berjalan sepanjang 1.0 kilometer dan bermandi-manda.

Selepas ini, warga setempat mahu pengunjung luar boleh menjadi destinasi air terjun Wong Ruan ini pilihan untuk beraktiviti di hujung minggu. Antara tempat menarik untuk aktiviti hujung minggu di Sarawak:

Lagi di sini port air terjun menarik buat anda: