Port Terbaru Untuk Kaki Foto, Anda Wajib Serbu Muzium Selfie Pertama Di Kuching Ini

27 Nov 2022 • 1:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Confirm bakal diserbu kaki Instagram

Port Terbaru Untuk Kaki Foto, Anda Wajib Serbu Muzium Selfie Pertama Di Kuching Ini. Anda kaki selfie? Setiap sudut yang menyediakan ruangan menarik dan instaworthy pasti anda tidak ketinggalan mengambil sua foto untuk dikongsi ke laman Instagram mahupun Facebook anda.

image is not available
Port Terbaru Untuk Kaki Foto, Anda Wajib Serbu Muzium Selfie Pertama Di Kuching Ini. Kredit foto: Kevintan Thebarber

Nak tak gambar sua foto ataupun selfie anda tu nampak lebih class dan cantik? Apa kata anda singgah ke LSC Fun World ini.

Tawar lebih daripada 30 jenis tema bilik foto

Difahamkan, LSC Fun World ini merupakan muzium selfie pertama di Kuching. Fuhhh, kini tiba masanya untuk anda step up your selfie game!

image is not available
Kredit foto: LSC Fun World

Menawarkan lebih daripada 30 jenis tema, pasti sua foto anda itu bukan sekadar indah di mata malah pasti mendapat banyak ‘like’ sekiranya dikongsi ke laman Instagram anda.

image is not available
Kredit foto: LSC Fun World

Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan pelbagai jenis fasiliti dan cosplay untuk digunakan oleh pelanggan yang datang.

‘Special rate’ untuk pembeli terawal

Berita baik, pengunjung terawal juga boleh mendapatkan harga tiket masuk serendah RM 15 untuk dewasa manakala RM 5 untuk kanak-kanak. Jangan lepaskan peluang menarik ini.

image is not available
Kredit foto: LSC Fun World

Bakal dibuka kepada umum bermula pada tarikh keramat 1 Disember ini, muzium yang bertempat di Tingkat satu, Aeroville Mall Kuching ini pastinya menjanjikan sesuatu yang berbeza dan penuh dengan keriangan.

Muzium selfie ini beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman Facebook mereka di sini.