Buat Pemburu Nasi Lemak Malam, Anda Wajib Cuba Nasi Lemak Mak Wan Di TT3 Kuching

26 Nov 2022 • 2:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini betul-betul umphhh!

Buat Pemburu Nasi Lemak Malam, Anda Wajib Cuba Nasi Lemak Mak Wan Di TT3 Kuching. Tak dinafikan lagi makanan popular tempatan, nasi lemak merupakan makanan ‘trademark’ dan satu kemestian untuk orang Malaysia. Eleh, tipu lah kalau korang tak pernah makan nasi lemak langsung.. Tak orang Malaysia la macam tu.. hehe

Nasi lemak ni slalu kita dapat waktu pagi je kan? Kalau perut dah craving nasi lemak waktu malam fuh agak susah ya nak cari tempat yang jual nasi lemak memalam camni. Tetapi usah risau! Kerana ada satu tempat yang jual nasi lemak malam di TT3, Kuching.

image is not available
Buat Pemburu Nasi Lemak Malam, Anda Wajib Cuba Nasi Lemak Mak Wan Di TT3 Kuching. Kredit gambar: FB Jensen 張仁亮

Laku keras boss! 15 minit je jualan dah habis

Kedai ni memang laku keras boss! Korang kena beratur awal kalau nak cuba pekena Nasi Lemak Mak Wan ni. Ada yang tak sampai 15 minit dah habis dah jualan diorang, wuishh ni baru betul-betul ‘real deal’!

Antara menu yang disediakan adalah sambal udang petai, sambal sotong, sambal telur, ayam masak merah, ayam masak rendang, dan daging masak hitam. Nasi lemak yang dihidangkan juga dalam bentuk portion yang banyak tauu! Rugi kalau tak cubaimage is not available

image is not available
Kredit gambar: FB Jensen 張仁亮

Harganya sangatlah berbaloi, sedap pulak tu! Patutla ramai yang sanggut berbaris lama di sini

Bagaimana pulak dengan harganya? Haa jangan risau geng, di sini harga menu lauk untuk nasi lemak Mak Wan ini semuanya mur-mur je. Paling mahal pun RM 3 je sis.. Harga nasi lemak biasa RM5, kalau korang nak tambah lauk-lauk lain pun bolehh.

image is not available
Kredit gambar: FB Jensen 張仁亮

Korang yang nak try tu, boleh usha dekat laman Facebook Nasik Lemak Mak Wan – Tt3 Kuching dulu sebelum singgah sana. Diorang selalu update menu-menu yang diorang hidangkan. Korang nak tempah nasi lemak pun boleh. Lihat butiran di bawah kalau nak ke sana.

Lokasi: Kaki lima Fukada Distribution Company (Sebelah Samfah ice cream), Tabuan Tranquility 3, Kuching 93350
No telefon: 013-431 1253
Waktu beroperasi: Setiap hari (8.00 malam – sampai jualan habis)

image is not available
Kredit gambar: FB Jensen 張仁亮