Pos Malaysia Mengumumkan Pengenalan Caj Cukai SST Untuk Beberapa Perkhidmatan

TechnologyDigital
1 Mar 2024 • 8:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti semua sedia maklum, berkuat-kuasa 1 Mac 2024, kerajaan telah mengumumkan pengenalan Cukai Perkhidmatan sebanyak 8% untuk sejumlah perkhidmatan, sementara perkhidmatan logistik pula ditetapkan pada kadar 6%.

Langkah ini sekaligus membawa kepada beberapa perubahan pada caj cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan dibawah Pos Malaysia. Berikut merupakan perkongsian berkenaan caj cukai SST untuk perkhidmatan logistik dibawah Pos Malaysia:

  • Semua produk mel kekal pada 0% SST (tiada perubahan)
  • Penghantaran antarabangsa kekal pada 0% SST (tiada perubahan)
  • Pos Laju (kurier) di bawah 30kg kekal pada 6% (tiada perubahan)
  • Pos Laju (kurier) melebihi 30kg: meningkat daripada 0% kepada 6%
  • Bungkusan laut domestik: meningkat daripada 0% kepada 6%
  • Perkhidmatan untuk penghantaran motosikal: meningkat daripada 0% kepada 6%

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved