Pos Malaysia Sasar Penggunaan Motosikal Elektrik Sepenuhnya Untuk Penghantaran, Menjelang 2030

TechnologyDigitalCars
10 Mar 2023 • 7:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pos Malaysia kini berkongsi beberapa perancangan dan sasaran dalam terus memacu syarikat kurier berkenaan ke hadapan. Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah peralihan kepada kenderaan mesra alam, menggunakan tenaga elektrik.

image is not available

Pos Malaysia mengatakan mereka menyasarkan dalam menggunakan sekitar 28% kenderaan mereka diubah kepada kenderaan elektrik menjelang 2025 kelak. Disamping itu, Pos Malaysia menyasarkan ia mencapai kadar 100% menjelang 2030 kelak.

image is not available

Buat masa ini, Pos Malaysia sedia melakukan ujian motosikal elektrik di beberapa lokasi.

Disamping itu, Pos Malaysia turut menyasarkan untuk hadir dengan bungkusan yang lebih mesra alam dan dihasilkan menggunakan bahan kitar semula.