Positif Testosterone, Paul Pogba Digantung Empat Tahun

1 Mar 2024 • 3:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Bintang Perancis, Paul Pogba digantung selama empat tahun daripada bola sepak oleh tribunal antidoping Itali selepas didapati positif testosterone Ogos lalu, menurut kelabnya Juventus semalam.

Menurut laporan Buletin TV3, pemain bola sepak yang berusia 30 tahun itu sudah digantung secara sementara sejak September tahun lalu.

“Kami menerima pemberitahuan daripada tribunal itu pagi ini (semalam),” kata jurucakap itu.

Paul Pogba digantung empat tahun

image is not available

Pogba mengumumkan dia akan merayu keputusan itu, yang berisiko akan menamatkan kariernya lebih awal.

“Saya sedih, terkejut dan patah hati kerana segala-galanya yang saya bina dalam karier permainan profesional dirampas daripada saya,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, Pogba menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tidak pernah menggunakan sebarang bahan rangsangan prestasi.

image is not available

“Apabila saya bebas daripada sekatan undang-undang, cerita penuh akan menjadi jelas, tetapi saya tidak pernah secara sedar atau sengaja mengambil sebarang suplemen yang melanggar peraturan antidoping,” tegasnya.

“Susulan keputusan yang diumumkan hari ini (semalam), saya akan merayu perkara ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan,” katanya lagi.

Keputusan yang dibuat tribunal antidoping Itali menyebabkan Pogba tidak akan dapat bermain lagi hingga musim 2027-28, dan akan kembali ke arena ketika dia berusia 34 tahun.

image is not available

Sumber: Buletin TV3