‘Post’ Gambar Guna Hashtag ‘Sabar’, Mira Diserang Netizen – “Jangan Play Victim Macam Kau Yang Tersakiti”

Entertainment
29 Apr 2023 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri, Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira dilihat kembali aktif di media sosial.

Walaupun dikecam teruk, perkara itu tidak menghalang Mira untuk kembali ke pejabat dan bertugas semula sebagai host TikTok.

Menerusi hantaran di Instagram, Mira dilihat menggayakan blazer berwarna biru dengan seluar berwarna merah.

Strong and smile. #ready

Bukan itu sahaja, Mira sekali lagi memuat naik hantaran video boomerang memaparkan dirinya dengan menggunakan hashtag sabar.

Assalamualaikum semua, lets go start your work with a smile. #sabar

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah mengundang kemarahan orang ramai yang menganggap dia tidak sesuai untuk menggunakan hashtag tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Mira sebagai seorang play victim yang cuba untuk meraih simpati orang ramai.

image is not available

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang TikToker terkenal, View Chin yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya selepas kantoi menjalinkan hubungan terlarang bersama pekerja, Amirah Aqilah.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Shermine Hau-Ah Moi yang memuat naik beberapa bukti perbualan mesra mereka di aplikasi WhatsApp.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Saya Bakal Jadi Duta Produk" - Dilamar Syarikat Kecantikan, Isteri View Chin Tekad Mulakan Kerjaya Baru