Mira Pilih Untuk Sembunyikan Diri, Didakwa Malu Nak Pulang Beraya Di Kampung

Entertainment
20 Apr 2023 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semenjak kes kecurangan influencer TikTok terkenal, View Chin dibongkarkan oleh bekas isterinya, Shermine Hau, netizen tak henti-henti bercakap mengenal soal itu di media sosial.

Selain View Chin, gadis yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan influencer itu, Amirah Aqilah atau dikenali sebagai Mira ini juga mendapat kecaman teruk daripada netizen.

image is not available

Mira masih bersembunyi, malu nak pulang beraya

Menurut laporan Kosmo, View Chin berkata, Mira kini terpaksa menyembunyikan dirinya buat sementara waktu kerana masih trauma dengan kontroversi yang melanda dirinya.

Malah Mira juga pada masa yang sama dikatakan malu untuk pulang ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh sama ada pada esok atau hari Sabtu ini.

image is not available

Tambah View Chin lagi, impak dari kes viral tersebut, ada ahli keluarga gadis ini dikatakan telah jatuh sakit dan ada juga yang enggan pulang beraya termasuk Mira sendiri.

Disebabkan Mira serta keluarganya menerima kecaman yang teruk dari orang ramai, gadis berusia 26 tahun ini memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu.

Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuk keluarganya turut terpalit,” kata View Chin.

image is not available

Terdahulu, View Chin menerusi China Press telah tampil mendedahkan perkara sebenar dan menjawab segala dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya.

Influencer ini juga telah mengesahkan yang dia sudah bercerai dengan Shermine pada tahun lalu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.