Poster caj perkhidmatan QR mulai 1 November disahkan palsu

LocalBusiness & Finance
18 Oct 2026 • 3:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Poster caj perkhidmatan QR mulai 1 November disahkan palsu

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) kononnya bermula 1 November ini seperti yang tular menerusi satu poster.

Menerusi hantaran di Facebook, MOF memaklumkan, poster yang tular tersebut adalah palsu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 November 2026 kerana maklumat tersebut adalah palsu.

“MOF ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, kementerian tersebut menasihati orang ramai agar sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi MOF sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Terdahulu, poster berkenaan tular melalui platform Facebook dan Threads, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta komen dalam kalangan pengguna media sosial. – Bernama

The post Poster caj perkhidmatan QR mulai 1 November disahkan palsu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved