Poster dakwa caj perkhidmatan QR bermula 1 Nov palsu: MOF

LocalBusiness & Finance
18 Oct 2026 • 2:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Poster dakwa caj perkhidmatan QR bermula 1 Nov palsu: MOF

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) yang kononnya bermula 1 Nov ini seperti yang tular menerusi satu poster.

Menerusi hantaran di Facebook, MOF memaklumkan poster yang tular itu adalah palsu.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 Nov 2026 kerana maklumat tersebut adalah palsu.

"MOF ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan," menurut MOF.

Sehubungan dengan itu, kementerian itu menasihati orang ramai agar sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi MOF sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Terdahulu, poster berkenaan tular melalui platform Facebook dan Threads, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta komen dalam kalangan pengguna media sosial. - 18 Oktober, 2026

The post Poster dakwa caj perkhidmatan QR bermula 1 Nov palsu: MOF appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved