Poster Himpunan Pertahankan Kepimpinan Ulama palsu - Pas

Politics
1 Mar 2024 • 11:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pas menegaskan poster Himpunan Pertahankan Kepimpinan ulama adalah palsu.

image is not available
Ahmad Fadhli Shaari

SHAH ALAM - Pas menegaskan poster ‘Himpunan Pertahankan Kepimpinan Ulama’ yang tular adalah palsu.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya tidak ada merancang sebarang himpunan untuk dilakukan seperti yang didakwa.

**media[2557117]**

“Tidak ada sebarang himpunan yang dirancang sebagaimana poster palsu ini.

“Dah terdesak barangkali pihak-pihak tertentu sehingga menyebarkan poster palsu sebegini,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Jumaat.

Dalam poster berkenaan turut menyatakan himpunan itu akan dilakukan pada hari ini selepas solat Jumaat di masjid-masjid negeri seluruh Malaysia.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28