“Poster tarikh penting PRU DUN Sabah itu palsu” – SPR

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan maklumat palsu yang tersebar mengenai tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 yang kini tular di media sosial.

SPR menegaskan bahawa poster yang menyiarkan tarikh-tarikh tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali dan menjelaskan bahawa sehingga kini, tiada sebarang pengumuman rasmi telah dibuat mengenai pembubaran DUN Sabah mahupun penetapan tarikh-tarikh penting untuk PRU tersebut.

Dalam pada itu, suruhanjaya berkenaan menegaskan orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih dan tepat tentang pilihan raya, termasuk tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, dan hari mengundi, hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi SPR seperti portal rasmi SPR, sidang media, dan kenyataan media.

image is not available

SPR juga mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan menyebarkan maklumat palsu seumpama ini adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang didapati menyebar, berkongsi, atau menerbitkan maklumat palsu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan.

Justeru, orang ramai diseru untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak sahih.

Sumber : SPR

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.