
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap seorang lelaki kerana melakukan khianat dengan memotong kabel kepunyaan sebuah syarikat telekomunikasi.
Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Azhar Azrin, yang mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 13 Mac tahun ini, jam 11.30 pagi, di tepi jalan Jalan Penampang, Lorong Starland, Jalan Penampang Baru, Penampang.
Penganggur, Ahmad didakwa bersama nelayan Salir Laidin, 30, dan pekerja kandang kuda Md Hiksan Jamlie, 23, yang kedua-duanya mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 26 Mei untuk pengurusan kes pra-perbicaraan (ptcm) kes Salir dan Hiksan dan menawarkan mereka diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin setiap seorang.
Dalam kes Ahmad, pihak pendakwaan ketika mengemukakan fakta kes, memaklumkan mahkamah bahawa sepasukan polis bersama kakitangan peronda Tekelom Malaysia menahan tiga lelaki di kawasan lapang di lokasi kejadian kerana mencuri kabel di situ.
Lima batang kabel milik TM serta peralatan yang digunakan untuk memotong kabel turut dirampas.
Siasatan lanjut mendapati Ahmad mengaku terlibat mencuri dan memotong kabel TM bawah tanah beberapa bulan lalu. Peguam Dilantik Jagnesh Jaya yang mewakili Ahmad, memohon hukuman ringan dari tarikh dia ditangkap dengan alasan dia bujang dan menganggur.
Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah memohon hukuman pencegahan. Ahmad diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.
Dalam kes lain, seorang juruteknik penghawa dingin didakwa mencuri.
Md Nizam Abdul Jalil, 31, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas tuduhan mencuri lapan kunci Jesselton Quay Homestay dan enam kad akses kepunyaan Jesselton Quay Centre pada 15 Mac tahun ini, jam 6.15 petang, di tingkat 32 Jesselton Quay Centre, di sini.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Marilyn menetapkan 19 Mei untuk ptcm dan membebaskan Nizam dengan ikat jamin RM1,600 serta dua penjamin.
Inspektor Deanivo Sittin tampil untuk pendakwaan.

