Power 35 tawar 100GB pada harga RM35 sahaja, pascabayar termurah Yes 5G setakat ini

Digital
5 May 2023 • 5:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Yes telah memperkenalkan pelan pascabayar baharu. Yes Power 35 tidak berada dalam keluarga Yes Infinite dan ditawarkan pada harga RM35/bulan, lebuh murah daripada Yes Infinite Basic yang buat masa ini ditawarkan pada harga RM58/bulan.

image is not available

Sebab kerana ia tidak berada dalam keluarga Yes Infinite sudah tentulah kerana ia bukanlah pascabayar tanpa had. Yes Power 35 menawarkan kuota Internet sebanyak 100GB (4G + 5G). Apa yang menarik tentangnya adalah disebabkan ia bukan pelan tanpa had, anda bebas mengguna pakai kuota tersebut hatta untuk berhotspot.

image is not available

Lain-lain manfaat Yes Infinite diturunkan kepada Yes Power 35 seperti kelajuan tanpa had dan panggilan tanpa had dan anda tidak boleh memanfaatkan promo Port in & Save iaitu rebat RM120 yang dibahagian untuk 6 bulan langganan.

Nampaknya pengguna akan berbelah bahagi antara Yes Power 35 dengan Yes FT5G. Adakah anda nak kuota tanpa had tapi hotspot dihadkan pada harga RM30/bulan ataupun kuota 100GB dengan hotspot bebas.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman rasmi produk.