PPD, JPN pilih 10 sekolah program Reformasi Sekolah

5 Aug 2026 • 5:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PPD, JPN pilih 10 sekolah program Reformasi Sekolah

KUALA SELANGOR – Pemilihan 10 buah sekolah cemerlang di seluruh negara bagi program Program Reformasi Sekolah akan dilaksanakan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pemilihan awal akan dibuat oleh setiap PPD membabitkan lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah sebelum senarai tersebut diserahkan kepada JPN untuk proses penilaian seterusnya.

Menurut beliau, pemilihan dibuat berdasarkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah, dengan setiap sekolah yang terpilih akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000.

“PPD akan bagi senarai 10 sekolah cemerlang ini kepada JPN. Selepas itu, JPN pula akan bagi senarai ini pada Kementerian Pendidikan (KPM) .

“Pemilihan semua sekolah-sekolah ini telah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Eco Grandeur, di sini hari ini.

Kah Woh berkata, program berkenaan diperkenalkan bagi menyuntik semangat kepada sekolah untuk terus meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah murid.

Beliau berkata, kerajaan kekal komited memartabatkan agenda pendidikan negara serta memperkukuh pembentukan budi pekerti dan nilai murni dalam kalangan warga sekolah. – KOSMO! ONLINE

The post PPD, JPN pilih 10 sekolah program Reformasi Sekolah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved