PPM antara NGO relevan sepanjang masa: Nizam

20 Feb 2023 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) adalah antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang relevan sepanjang masa dan kini mempunyai keahlian 75, 000 di seluruh Malaysia, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurutnya, PPPM yang juga merupakan salah satu unit beruniform diminati ramai di sekolah, kini menjadi ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Justeru, beliau berharap persatuan ini akan terus berkembang dan cemerlang dalam mendidik anak-anak gadis daerah Tawau, khasnya, sejajar dengan salah satu kaedah asas yang ditekankan dalam kepanduan iaitu khidmat bakti dengan slogan ‘selalu sedia’.