PPNP dilepas, bebas dakwaan duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 4:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PPNP dilepas, bebas dakwaan duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah

KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah, dua tahun lalu.

Hakim Harmi Thamri Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap PPNP yang diwakili bendaharinya, Wan Aidie Amin Wan A. Aziz pada akhir kes pembelaan.

Mengikut kertas pertuduhan, PPNP pada 18 Jun 2024 kira-kira pukul 2 petang telah melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan negeri Pahang di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan, Kuantan.

Pertubuhan itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828 dan dibaca bersama Seksyen 428aa Kanun Tanah Negara (revised 2020) Akta 828 iaitu kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828.

Jika sabit bersalah, boleh didenda yang tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam penghakimannya, Harmi Thamri memaklumkan, mahkamah menyatakan persoalan berhubung kuasa penguatkuasaan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), sama ada tindakan dijalankan secara sah di bawah peruntukan berkaitan.

Katanya, keraguan terhadap kuasa penguatkuasaan menjadi faktor dalam keputusan yang memihak kepada pihak yang dituduh.

Mahkamah juga katanya, mencatatkan wujudnya isu pertindihan kuasa dan keperluan pelaksanaan selaras, serta peranan notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah.

“Pertindihan kuasa menjejaskan ketegasan tindakan pendakwaan,” katanya.

Hakim kemudian memutuskan, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap PPNP, sekali gus membebaskan dan melepaskannya daripada pertuduhan tersebut dan wang jaminan RM6,000 dipulangkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa UPNP, Muhammad Taqiyuddin Azizan manakala PPNP diwakili Asiah Abd. Jalil. – UTUSAN

The post PPNP dilepas, bebas dakwaan duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved