‘Waspada penipuan tawaran rumah Sabah Maju Jaya, PPRT’

2 May 2024 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), mahupun Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Pening Lalai.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Dato Chew Kok Woh berkata, beliau menerima aduan mengenai perkara tersebut baru-baru ini.

“Pejabat saya didatangi sepasang suami isteri yang merupakan mangsa kebakaran 2022 di Kampung Sundang, dan kini menetap di Kampung Gas.

“Mereka memberitahu ada seorang penduduk kampung mengakui dirinya sebagai ketua kampung Kg Pening Lalat.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Individu tersebut memberitahu mereka bahawa dia boleh mengatur dan mengizinkan satu tapak tanah untuk membina sebuah unit PPRT dengan kos tanah RM3,000 satu lot,” katanya dalam kenyataan media,.

Chew berkata, beliau turut diberitahu ada seorang bekas Pesuruhanjaya Sumpah yang masih aktif menandatangani Surat Akuan Bersumpah dan masih memeterai salinan benar dokumen penting seperti salinan surat lahir, kad pengenalan dan lain-lain, yang membantu mengesahkan perbuatan ini.

Chew menjelaskan, tidak ada seorang pun ketua kampung yang dilantik oleh Mahkamah Anak Negeri bagi Kg Pening Lalat yang terletak di Jalan Bokara tersebut.

“Kawasan Kg Pening Lalat ini adalah milik tanah syarikat dan bukan milik persendirian.

“Setiap pembinaan Rumah PPRT ataupun Rumah SMJ perlu ada kebenaran sahih daripada pemilik tanah dan bukan pengesahan melalui ketua kampung, Pesuruhjaya Sumpah atau orang tengah,” jelasnya.

Tambahnya, bagi mereka yang ingin memohon Rumah SMJ, mereka mesti mempunyai tanah bergeran dan persetujuan pemilik tanah, tanah itu mesti tidak berair dan tidak berpaya serta mempunyai kemudahan eletrik dan air yang berdekatan.

“Pemohon mesti dalam kategori e-Kasih, mangsa kebakaran atau bencana alam, orang kelainan upaya atau rumah daif. Mereka yang ingin memohon boleh datang ke pejabat UPPM atau hubungi saya untuk mendaftar,” ulasnya.

Sementara itu, Chew juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin memeriksa kesahihan seseorang yang mengakui diri sebagai ketua kampung dan lain-lain dengan menghubungi Pejabat UPPM Karamunting melalui talian pejabat 089-211200 atau hubungi beliau sendiri melalui talian 012-8176628.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.