PPZ-MAIWP rai 18 syarikat bayar zakat RM795,509

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 1:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PPZ-MAIWP rai 18 syarikat bayar zakat RM795,509

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 syarikat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM795,509.01 menerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, pengiktirafan yang diberikan kepada syarikat berkenaan bukan sekadar simbolik, sebaliknya bagi menghargai komitmen sektor korporat menjadikan zakat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab dalam perniagaan.

“Dari sudir Islam, kejayaan yang sebenar turut membawa tanggungjawab untuk berkongsi rezeki dan memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh golongan yang memerlukan.

“Di sinilah terletaknya hikmah zakat perniagaan di mana ia menyatukan kemajuan ekonomi dengan kepedulian sosial,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Pembayar Zakat Perniagaan di sini, hari ini.

Abdul Hakim berkata, setiap bayaran zakat yang disalurkan membawa manfaat tersendiri, termasuk membantu memenuhi keperluan asas keluarga asnaf, menyokong pendidikan anak-anak serta memberi peluang kepada golongan memerlukan membina semula kehidupan.

Beliau berkata, PPZ-MAIWP akan terus memperkukuh mutu perkhidmatan serta memudahkan urusan pembayaran bagi memastikan pembayar dapat menunaikan kewajipan itu dengan lebih lancar, teratur dan yakin.

Dalam perkembangan sama, beliau menggalakkan syarikat korporat memanfaatkan Skim Wakalah yang ditawarkan kepada pembayar zakat dengan jumlah bayaran sekurang-kurangnya RM10,000 setahun.

“Menerusi skim ini, pembayar zakat bukan sahaja dapat menyempurnakan kewajipan berzakat, malah berpeluang memainkan peranan secara langsung dalam membantu golongan yang
memerlukan.

“(Ia) di mana sebahagian daripada zakat yang telah ditunaikan akan dikembalikan kepada pembayar untuk diagihkan sendiri kepada golongan yang layak, tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau turut menggalakkan lebih ramai usahawan Islam memanfaatkan Portal Bizzakat, direktori perniagaan digital yang dilancarkan pada 13 Oktober lalu bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan Islam, khususnya dalam kalangan pembayar zakat perniagaan.

Katanya, inisiatif yang bermula di Pahang itu kini diperluas menerusi kerjasama enam Majlis Agama Islam Negeri dan agensi mengurus zakat, termasuk PPZ-MAIWP, bagi membantu usahawan memperluas jaringan perniagaan serta peluang pemasaran. – KOSMO! ONLINE

The post PPZ-MAIWP rai 18 syarikat bayar zakat RM795,509 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved