
Keputusan Ujian Buriram Hari ke 2 secara keseluruhan menutup tirai ujian pra-musim 2026 dengan gambaran persaingan yang semakin rapat. Aprilia dan Ducati sama-sama mempamerkan peningkatan prestasi yang konsisten sepanjang sesi ujian.
Tumpuan utama kini terarah kepada kem Honda yang dilihat mula kembali kompetitif dan berpotensi memberi saingan serius kepada dua jenama Itali tersebut. Bagi KTM Factory Racing, peningkatan tetap kelihatan, namun mereka kali ini tidak terlalu agresif menguji komponen baharu. Setakat ini, hanya Pedro Acosta dilihat yang mampu beri saingan, manakala pelumba KTM lain masih berkisar di papan tengah.

Situasi paling menyedihkan ialah di kem Yamaha yang masih bergelut dengan prestasi semasa. Keputusan untuk beralih sepenuhnya kepada enjin V4 dilihat sebagai langkah berani tetapi berisiko, memandangkan data pembangunan masih belum matang. Lebih mencabar, mereka bakal perlu memulakan pembangunan enjin baharu sekali lagi menjelang regulasi 850cc pada musim seterusnya.
Adakah ini langkah tepat daripada Yamaha? Sama-sama kita nantikan perkembangannya. Jangan lupa minggu depan bermulanya perlumbaan pertama di Thailand! Yeeeha!
Teruskan bersama Two Wheels!
The post Pra musim MotoGP tamat appeared first on TW Media.

