Pra-tempahan ASUS ExpertBook Ultra Dikuasakan Intel Panther Lake Kini Dibuka Pada Harga Permulaan RM7999

TechnologyDigital
7 May 2026 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri komputer riba ASUS ExpertBook merupakan komputer riba kelas produktiviti nipis dan yang digabungkan dengan kuasa pemprosesan yang hebat, dan untuk tahun ini, syarikat tersebut telah sekali lagi bergabung dengan Intel untuk memperkenalkan sebuah lagi komputer riba dalam siri tersebut.

ASUS ExpertBook Ultra adalah variasi ExpertBook terbaru yang diperlihatkan oleh ASUS, dan ia hadir dengan rangka nipis dan ringan sama yang membuatkan model ini terkenal di kalangan eksekutif profesional yang mahukan sebuah komputer riba yang boleh dibawa kemana-mana dan masih mengekalkan kemampuan pemprosesan berkuasa.

Image from: Pra-tempahan ASUS ExpertBook Ultra Dikuasakan Intel Panther Lake Kini Dibuka Pada Harga Permulaan RM7999

Bermula dengan paparan, ASUS ExpertBook Ultra dimuatkan dengan paparan skrin bersaiz 14 inci, dan dikuasakan oleh siri cip pemprosesan Intel Core Ultra 300 terbaru khusus untuk komputer riba kelas nipis dan ringan yang premium.

Image from: Pra-tempahan ASUS ExpertBook Ultra Dikuasakan Intel Panther Lake Kini Dibuka Pada Harga Permulaan RM7999
Image from: Pra-tempahan ASUS ExpertBook Ultra Dikuasakan Intel Panther Lake Kini Dibuka Pada Harga Permulaan RM7999

ASUS ExpertBook Ultra juga hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aloi magnesium yang membolehkan komputer riba ini hadir dengan berat serendah 0.99KG dengan ketebalan senipis 10.9mm, membolehkannya digunakan dan dibawa kemana-mana sahaja.

Image from: Pra-tempahan ASUS ExpertBook Ultra Dikuasakan Intel Panther Lake Kini Dibuka Pada Harga Permulaan RM7999

Walaupun komputer riba ini hadir dengan rekaan yang serba nipis dan ringan, ia juga dimuatkan dengan dua buah palam USB 3.2 Type-A, dua palam Thunderbolt 4 yang juga boleh digunakan untuk mengecas komputer riba dan satu palam HDMI 2.1.

Image from: Pra-tempahan ASUS ExpertBook Ultra Dikuasakan Intel Panther Lake Kini Dibuka Pada Harga Permulaan RM7999

ASUS Malaysia mengatakan bahawa pra-tempahan untuk komputer riba ASUS ExpertBook Ultra ini sudahpun dibuka di pasaran tempatan, dan ditawarkan pada harga permulaan RM7999 melalui ASUS e-Store dan kedai atas talian Shopee dan Lazada.

Pembelian yang dilakukan sewaktu tempoh pra-tempahan juga akan hadir dengan kad hadiah RM500 Malaysia Airlines dan juga aksesori pengecas USB Type-C GaN 100W.