Prabayar tanpa had U Mobile kini 2x lebih laju, FUP lebih banyak, kelajuan 5G Ultra-pantas hujung minggu

LocalDigital
3 Jul 2024 • 1:55 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pelan prabayar tanpa had U Mobile kini lebih pantas. U Mobile hari ini mengumumkan kelajuan digandakan untuk semua pelan tanpa had U Prepaid mereka, iaitu U Prepaid 25, U Prepaid 35, U Prepaid 40 dan U Prepaid 50. Kadar had penggunaan saksama (FUP) turut dipertingkat bagi pelan U Prepaid 25.

Berikut adalah kelajuan dan FUP baru untuk pelan tanpa had U Prepaid U Mobile:

  • U Prepaid 25 (RM25/bulan) 3Mbps 6Mbps, FUP 30GB 40GB, Tiada Hotspot
  • U Prepaid 35 (RM35/bulan) 6Mbps 12Mbps, FUP 200GB, Hotspot 3GB
  • U Prepaid 40 (RM40/bulan)6Mbps 12Mbps, FUP 200GB, Hotspot Tanpa Had
  • U Prepaid 50 (RM50/bulan) 12Mbps 24Mbps, FUP 200GB, Hotspot Tanpa Had

Semua pelan ini turut datang dengan panggilan tempatan tanpa had.

Kelajuan 5G/4G tanpa sekatan

Satu lagi ciri menarik pada pelan tanpa had U Prepaid ini adalah kelajuan 5G/4G tanpa sekatan pada waktu tertentu. Bagi pelan U Prepaid 25, pengguna boleh menebus kelajuan tanpa sekatan ini selama 1 jam setiap hari. Ia boleh ditebus di dalam aplikasi MyUMobile. Untuk pelan U Prepaid 35, U Prepaid 40 dan U Prepaid 50 pula, kelajuan 5G/4G tanpa sekatan ini boleh dinikmati sepanjang hari Sabtu dan Ahad.

Jika perlukan kelajuan penuh di luar waktu yang diberikan, pengguna boleh mendapatkan add-on berikut:

  • Booster Kelajuan 24 Jam – RM5
  • Booster Kelajuan 2 Jam – RM1
  • Data 10GB Berkelajuan Tinggi – RM12/7 Hari
  • Data 5GB Berkelajuan Tinggi​ – RM6/Hari
  • Data 1GB Berkelajuan Tinggi​ – RM3/Hari

Untuk pelan U Prepaid 25 dan U Prepaid 35 yang memerlukan lebih hotspot, boleh membeli add-on Hotspot berikut. Data hotspot dan kelajuan adalah mengikut pelan data yang dilanggan.

  • Hotspot 30 Hari – RM5/30 Hari
  • Hotspot 1 Hari – RM1/Hari

Kepada yang berminat untuk melanggan pelan U Prepaid tanpa had ini, boleh membeli pek permulaan prabayar U Mobile berharga RM10. Ia mengandungi kredit RM6, 1GB data kelajuan Ultra dan 1GB data asas, serta tempoh sah selama 5 hari.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran prabayar U Mobile, layari laman web U Mobile Prepaid.

Bacaan Berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved