U Mobile Kini Meningkatkan Kelajuan Pelan Prabayar Bermula 6Mbps, FUP Lebih Tinggi

TechnologyDigital
3 Jul 2024 • 10:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

U Mobile hari ini mengumumkan mereka telah meningkatkan kelajuan data sekali ganda untuk semua pelan prabayar dibawah U Prepaid. Ini sekaligus melibatkan pelan U Mobile U25, U35, U40 dan juga U50.

image is not available

Dengan langkah ini, kini pengguna pelan U Mobile U25 boleh menikmati kelajuan mencapai 6Mbps, meningkat sekali ganda berbanding 3Mbps. Pada masa yang sama, FUP untuk pelan U25 ini juga ditingkatkan kepada 40GB.

Sementara untuk pelan U35 dan U40, kelajuan ditingkatkan mencapai 12Mbps. Dan pelan U50 pula ditingkatkan kepada kelajuan mencapai 24Mbps – berbanding 12Mbps sebelum ini. FUP untuk pelan-pelan ini juga ditingkatkan kepada 200GB.

Kemaskini baharu ini mula diperkenalkan kepada pengguna bermula hari ini, untuk pelanggan pelan prabayar U Prepaid.