Prabowo Arah Bahasa Portugis Diajarkan Di Sekolah Indonesia

LocalPolitics
24 Oct 2025 • 10:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Prabowo Arah Bahasa Portugis Diajarkan Di Sekolah Indonesia

Prabowo Subianto dilapor telah memutuskan bahawa Bahasa Portugis akan diajarkan di sekolah-sekolah di seluruh Indonesia.

Keputusan itu diumumkan oleh Prabowo di hadapan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva yang berkunjung ke Istana Negara, di Jakarta pada Khamis.

Menurut Detik.com, soal bahasa merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan dalam pertemua bilateral tersebut.

Prabowo juga menegaskan keputusan itu diambil seiring dengan kedudukan Brazil yang merupakan rakan dagang penting kepada Indonesia.

“Sebagai bukti bahawa kami melihat Brazil sebagai rakan kami yang sangat penting, saya telah memutuskan bahawa Bahasa Portugis akan menjadi salah satu bahasa utama dalam disiplin pendidikan Indonesia,” katanya.

Prabowo tiba-tiba arahkan Bahasa Portugis diajarkan di sekolah-sekolah Indonesia

Tambah Prabowo, Menteri Pendidikan Tinggi & Saintek, Brian Yuliarto serta Menteri Pendidikan Dasar & Menengah, Abdul Mu’ti akan diarahkan untuk melaksanakan dasar tersebut.

“Arahan akan diberikan kepada Menteri Pendidikan Tinggi dan Menteri Pendidikan Dasar untuk mula mengajarkan Bahasa Portugis di sekolah-sekolah kita.

“Ini bukti bahawa kami memandang tinggi hubungan antara Indonesia dengan Brazil,” kata Prabowo lagi.

Keputusan tersebut disambut baik oleh Presiden Lula yang berharap hubungan baik antaran Indonesia dengan Brazil akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara.

Sumber: Detik.com