Prabowo Beri Amaran Keras Negara Hina Indonesia

WorldPolitics
22 Oct 2026 • 11:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Prabowo Beri Amaran Keras Negara Hina Indonesia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memberi amaran keras kepada negara-negara yang sering menghina Indonesia ketika kebakaran hutan terus menjejaskan negara itu sejak kebelakangan ini.

Prabowo berkata bahawa walaupun rakyat Indonesia bersikap sopan dan sabar, mereka tidak mahu terus diganggu oleh pihak luar.

“Bangsa Indonesia ialah bangsa yang sopan, bangsa Indonesia ialah bangsa yang sabar, bangsa Indonesia sering dihina, tetapi percayalah, bangsa Indonesia tidak mahu terus diganggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang kabinet di Istana Presiden, Jakarta, pada Rabu.

Prabowo Beri Amaran Keras Kepada Negara Yang Hina Indonesia

Dalam pada itu, Prabowo mengarahkan pihak polis, pendakwa raya dan Kementerian Perhutanan menyiasat syarikat yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan.

Beliau berkata, kejadian itu bukan semata-mata berpunca daripada faktor semula jadi, sebaliknya turut melibatkan perbuatan manusia.

Menurutnya, terdapat syarikat yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kebakaran tersebut, selain individu yang sengaja membakar hutan sehingga membahayakan kesihatan jutaan penduduk Indonesia.

Image from: Prabowo Beri Amaran Keras Negara Hina Indonesia

Prabowo menyifatkan perbuatan itu sebagai keganasan terhadap alam sekitar dan menegaskan bahawa kerajaan akan menjalankan siasatan sehingga selesai.

“Kita tidak boleh menganggap perkara ini remeh. Kita akan menanganinya secara besar-besaran, tetapi kita juga akan menyiasatnya sehingga selesai,” katanya.

Baca juga:

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengambil tindakan seperti biasa dan bersedia membatalkan semua lesen syarikat yang terbukti melanggar peraturan.

“Jika bukti sudah jelas, kita akan bertindak dan membatalkan semua lesen syarikat yang melanggar peraturan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved