Prabowo Subianto Angkat Sumpah Sebagai Presiden Indonesia Kelapan

LocalPolitics
20 Oct 2024 • 4:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas jeneral, Prabowo Subianto selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan bagi penggal 2024 hingga 2029, menggantikan Joko Widodo.

Prabowo yang ketika ini berusia 73 tahun memenangi Pilihan Raya Presiden bersama Gibran Rakabuming Raka yang turut mengangkat sumpah hari ini sebagai Naib Presiden Indonesia menggantikan Ma’aruf Amin.

“Demi Allah, saya bersumpah akan memenuhi kewajiban Presiden Republik Indonesia dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya, memegang teguh Undang-Undang Dasar dan menjalankan segala undang-undang dan peraturannya serta berbakti kepada nusa dan bangsa,” kata Prabowo.

Majlis angkat sumpah tersebut turut disaksikan oleh 20 ketua warga asing termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

image is not available
Prabowo subianto

Selain Anwar, antara pemimpin dan ketua negara yang hadir adalah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; serta Presiden Ferdinand R Marcos Jr.

Dalam pada itu, Prabowo berjanji akan komited terhadap dasar luar berkecuali Indonesia dan memberi isyarat bahawa beliau akan menjadi lebih berani di pentas dunia

Prabowo kini memegang jawatan sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia berdasarkan populasi, susulan kemenangan Pilihan Raya Presiden 2024 pada 14 Februari dengan memperoleh 59 peratus undi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.