Prabowo tiba untuk lawatan khas ke Malaysia

LocalPolitics
3 Apr 2024 • 11:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Prabowo disambut Mohamed Khaled ketika tiba pada lawatan khas sehari di Pangkalan Udara Subang hari ini. Foto Bernama

SUBANG - Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto tiba di sini malam ini bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia esok.

Pesawat khas yang membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara di sini pada 10.15 malam.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya dan menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan di Kuala Lumpur. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28