Pramac Racing Merencana Sebaik Mungkin Bagi Saingan 2026.

26 Aug 2025 • 4:34 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pasukan Pramac Racing kini sedang merancang langkah strategik untuk barisan pelumbanya bagi musim 2026. Fokus utama mereka adalah untuk membawa masuk bintang muda Moto2, Diogo Moreira, yang kian mencuri tumpuan dengan aksi konsisten dan bakat luar biasa. Jika rundingan berjaya, Moreira bakal bergandingan dengan juara WSBK, Toprak Razgatlioglu dan ini merupakan satu kombinasi berani antara pengalaman dan potensi muda.

Namun, jika Moreira tidak dapat dimiliki, pelan kedua Pramac ialah merekrut Manuel Gonzalez, pelumba yang kini mendahului carta kejuaraan Moto2 dan dilihat sebagai prospek jangka panjang yang stabil.

Sekiranya kedua-dua pelumba tersebut gagal disambar, Pramac dijangka mengekalkan khidmat Jack Miller, yang kini sedang bersaing dengan penuh emosi dan dedikasi, meskipun masa depannya bersama pasukan masih belum pasti.

Perkembangan ini turut memberi petanda bahawa Miguel Oliveira bakal dilepaskan daripada Pramac Racing, membuka peluang baharu buatnya menjelang musim 2026.

Percaturan Pramac ini jelas mencerminkan keinginan mereka untuk kekal relevan dan kompetitif dalam kancah MotoGP yang semakin sengit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved