Pramugara Hafeez Albukhary meninggal dunia

2 Jul 2026 • 8:32 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Hafeez Albukhary, pramugara AMAL by Malaysia Airlines yang dikenali menyantuni jemaah haji, meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser.

Pemergian kru penerbangan AMAL by Malaysia Airlines, Hafeez Albukhary, disahkan pada Khamis selepas berita duka itu dikongsikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan menerusi media sosial.

Perkhabaran tersebut mengundang rasa hiba apabila ruangan komen dipenuhi ucapan takziah serta doa daripada kenalan dan orang ramai yang mengikuti perjalanan hidup Allahyarham.

“Hafeez Al-Bukhary dah pergi meninggalkan kita semua. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau. Pergi di waktu yang cantik. Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulis salah seorang rakan Allahyarham.

Mereka turut mendoakan agar Allahyarham diampunkan segala dosa, dikurniakan rahmat dan ditempatkan dalam kalangan penghuni syurga.

Image from: Pramugara Hafeez Albukhary meninggal dunia
Baca juga:

Perkhabaran sama turut dikongsikan oleh sepupu Allahyarham yang sebelum ini memaklumkan Hafeez sedang bertarung dengan penyakit kanser serta mengajak orang ramai mendoakan kesembuhannya.

Terdahulu, keadaan kesihatan Hafeez menjadi perhatian ramai selepas ahli keluarganya memaklumkan beliau sedang melalui fasa rawatan akibat penyakit tersebut.

Allahyarham dikenali sebagai antara kru penerbangan AMAL by Malaysia Airlines yang aktif menyantuni jemaah haji Malaysia, khususnya warga emas, sepanjang penerbangan ke Tanah Suci.

Keikhlasan dan layanan mesranya sering mendapat pujian, malah video-video yang dimuat naik memaparkan momen beliau membantu serta menggembirakan jemaah berjaya menyentuh hati ribuan pengguna media sosial.

Video terakhir Hafeez bersama jemaah dirakam pada 10 Mei lalu sebelum beliau tidak lagi aktif berkongsi perkembangan di platform media sosial.

The post Pramugara Hafeez Albukhary meninggal dunia appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved