Pramugara popular Hafeez Al Bukhary meninggal dunia

2 Jul 2026 • 9:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pramugara popular Hafeez Al Bukhary meninggal dunia
Hafeez Al Bukhary dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.
Image from: Pramugara popular Hafeez Al Bukhary meninggal dunia
Pada Ogos tahun lalu, Hafeez memaklumkan beliau disahkan menghidap kanser kolon atau kanser usus tahap empat menerusi satu perkongsian di Instagram.
Image from: Pramugara popular Hafeez Al Bukhary meninggal dunia
Hafeez meraih perhatian ramai menerusi kandungan berkaitan kerjayanya sebagai pramugara, termasuk perkongsian pengalaman mengendalikan penumpang dan jemaah haji sepanjang penerbangan.

SHAH ALAM - Pramugara Malaysia Airlines yang tular di media sosial, Hafeez Al Bukhary Zulkefly dilaporkan meninggal dunia pada Khamis selepas sebelum ini dikongsikan berada dalam keadaan kritikal.

Perkembangan mengenai pemergian Hafeez dikongsikan sepupunya, Hani Mishan menerusi hantaran di platform Threads.

**media[3569564]**

"Assalamualaikum. Baru dapat perkhabaran dukacita dari kakak Hafeez, dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Hafiz Bukhari bin Zulkefly telah kembali ke rahmatullah.

"Al-Fatihah. Semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan mengurniakannya syurga Firdaus. Amin," tulisnya.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas berjuang melawan kanser usus dan telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Perak selepas kesihatannya semakin merosot.

Pada Ogos tahun lalu, Hafeez memaklumkan beliau disahkan menghidap kanser kolon atau kanser usus tahap empat menerusi satu perkongsian di Instagram.

Dalam hantaran berkenaan, beliau berkata menerima ujian berkenaan dengan penuh reda serta percaya setiap dugaan yang diberikan mempunyai hikmah tersendiri.

**media[3569563]**

Hafeez meraih perhatian ramai menerusi kandungan berkaitan kerjayanya sebagai pramugara, termasuk perkongsian pengalaman mengendalikan penumpang dan jemaah haji sepanjang penerbangan.

Keperibadiannya yang mesra serta sentiasa mengukir senyuman ketika bertugas menjadikan beliau antara figura media sosial yang disenangi pengikutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved