Pramugari MAS Bersara Selepas 40 Tahun, Anak Bertugas Raikan Dalam Penerbangan Terakhir

14 Aug 2025 • 12:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok.

Pramugari MAS bersara selepas 40 tahun

Lebih menyentuh hati, momen itu dikongsi sendiri oleh anaknya Delilah Zainal yang juga kru kabin MAS menerusi beberapa video sehingga berjaya meraih ribuan tontonan.

@iamdelilahzainal

LSS Zuhaimi signing off after 40 years ! Congratulations on your retirement, Mom! After so many years of hard work, dedication, and sacrifices, you finally have the time to relax, enjoy life, and focus on yourself. I’m so proud of everything you’ve accomplished, not just in your career but in raising a family with so much love. May this new chapter be filled with good health, endless joy, and adventures you’ve always dreamed of. You truly deserve all the happiness in the world. Love you always! #momanddaughter #malaysiaairlines #fyp #airlines #cabincrew @zue hashim @Malaysia Airlines Academy @Malaysia Airlines

♬ original sound – DelilahZainalEmpire – DelilahZainalEmpire

Dalam kapsyen penuh emosi yang dimuat naik di TikTok, Delilah meluahkan rasa bangga dan syukur melihat ibunya menamatkan kerjaya selepas empat dekad berkhidmat di awan biru.

image is not available

“Tahniah atas persaraan, Mama! Selepas begitu banyak tahun penuh kerja keras, dedikasi dan pengorbanan, akhirnya Mama ada masa untuk berehat, menikmati hidup dan fokus pada diri sendiri.

“Saya sangat bangga dengan segala yang Mama capai, bukan saja dalam kerjaya tapi juga dalam membesarkan keluarga dengan penuh kasih sayang,” tulisnya baru-baru ini.

@iamdelilahzainal

Honoured to be flying together with you on your last flight mom! Hoping I would turn out to be a crew that is great as you! #mh123 #malaysiaairlines @Malaysia Airlines Academy @Malaysia Airlines @zue hashim

♬ A calm and warm healing song inspired by the farm – Akito orchestra

Delilah juga mendoakan agar fasa baharu kehidupan ibunya dipenuhi kesihatan yang baik, kegembiraan tanpa batas dan pengembaraan yang diimpikan selama ini.

Lebih istimewa, penerbangan terakhir Zuhaimi bukan sekadar penutup kerjaya, tetapi satu momen sejarah peribadi apabila Delilah sendiri bertugas bersama ibunya pada hari tersebut.

“Satu penghormatan dapat terbang bersama Mama pada penerbangan terakhir ini! Harap saya dapat menjadi kru yang hebat seperti Mama,” katanya.

image is not available

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah, rasa kagum dan terharu dengan dedikasi Zuhaimi selama empat dekad menerbangkan penumpang di awan biru.

Malah, ada juga segelintir memuji penampilan fizikalnya kelihatan awet muda meskipun sudah mencecah usia warga emas.

Macam anak dara lagi

image is not available

image is not available

Anak sambung legasi

image is not available

Besar pengorbanan untuk MAS

image is not available

Zuhaimi kini meninggalkan legasi tersendiri di MAS bukan sahaja sebagai pramugari berpengalaman tetapi juga sebagai ibu yang berjaya memberi inspirasi kepada anaknya untuk mengikut jejak langkah dalam dunia penerbangan.

Sumber: TikTok @iamdelilahzainal