Pratempahan Awal Siri Realme 14 Dibuka Di Malaysia Dengan Deposit RM20

TechnologyDigital
7 Apr 2025 • 10:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti baharu siri Realme 14 kini boleh dipratempah di Malaysia dengan deposit hanya RM20. Anda boleh membuat pratempahan untuk peranti ini sehingga 14 April 2025, dan pelancaran rasmi pula akan diadakan pada 15 April 2025. Model yang disediakan ialah Realme 14 5G dan Realme 14 Pro 5G dengan harga anggaran di bawah RM2000. Harga jualan penuh hanya diketahui selepas peranti rasmi kelak.

image is not available

Pratempahan untuk Realme 14 5G disediakan dengan hadiah bernilai RM826 yang termasuk rebat RM100, Realme Buds T01, monopod, waranti tambahan selama setahun, dan kaca pelindung skrin. Manakala pembelian Realme 14 Pro pula menawarkan hadiah percuma RM1,060 yang termasuk rebat RM100, Realme Buds T01, monopod, waranti tambahan selama setahun dan jaminan bateri selama empat tahun.

image is not available
Realme 14

Realme 14 dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.67-inci FHD+, kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak 1500 nits. Ia juga dijana oleh cip Snapdragon 6 Gen 4, dengan memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Baterinya berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP + 2MP, dan kamera swafoto sebesar 16MP. Ciri tambahan lain termasuk perisian terkini RealmeUI 6.0 berasaskan Android 15, sistem audio stereo, pengimbas cap jari pada skrin, dan Bluetooth 5.2.

image is not available

Realme 14 Pro

Realme 14 Pro menggunakan skrin OLED 6.77-inci 2392×1080 (FHD+), kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan puncak 1500 nits. Ia juga dijana oleh cip Dimensity 7300 Energy, dengan memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 256GB. Baterinya berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP Sony IMX882 OIS + 2MP Monochrome, dan kamera swafoto sebesar 16MP. Ciri tambahan lain termasuk perisian terkini RealmeUI 6.0 berasaskan Android 15, sistem audio stereo, pengimbas cap jari pada skrin, dan Bluetooth 5.4.