Pratempahan Oppo Find N5 Kini Dibuka Dengan Deposit Sebanyak RM100

TechnologyDigital
19 Feb 2025 • 3:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pra tempahan untuk Oppo Find N5 kini dibuka di Malaysia selepas peranti berkenaan diacah sejak seminggu lalu. Agak menarik pra tempahan boleh dibuat dengan hanya meletakkan deposit RM100. Bagi mereka yang berminat boleh berbuat demikian sehingga 27 Februari 2025 dengan pemberian hadiah bernilai RM2584.

image is not available

Sebanyak 200 pembeli terawal akan menikmati penghantaran percuma bersama rebat tunai eksklusif bernilai RM400 dan tawaran pembelian atas pembelian yang menarik. Antaranya seperti diskaun RM300 untuk Fins N5, diskaun RM200 untuk Oppo Watch X2 dan lanjutan jaminan tambahan Oppo Care. Tiada harga jualan rasmi peranti yang didedahkan setakat artikel ditulis.