Pratempahan untuk Vivo V40 5G dan V40 Pro 5G kini dibuka di Malaysia selepas tarikh pelancaran didedahkan sejak minggu lalu. Agak menarik ia boleh dilakukan dengan hanya meletakkan deposit sebanyak RM10. Bagi yang berminat pratempahan dibuka sekarang sehingga 30 Ogos 2024 dan berpeluang menerima hadiah bernilai hingga RM1,877.

Ia terdiri dengan rebat RM50, Baseus Air Tag, DJI Osmo Mobile Se, Vivo TWS Se dan Vivo Selection Smart Watch. Diikuti juga jaminan waranti tambahan dan tukar ganti skrin retak selama satu tahun sebagai tambahan. Selain itu tawaran ekslusif pembelian dengan pembelian (PWP) untuk Vivo Watch 3 dengan potongan harga RM199 juga diberikan.
Tiada harga jualan didedahkan setakat ini namun kami akan berkongsinya dalam artikel yang akan datang. Sekiranya anda berminat melakukan pratempahan, sila pergi ke pautan rasmi ini.


