Pratempahan Sony LinkBuds S Limited Edition Violet Kini Dibuka Di Malaysia

TechnologyDigital
27 Sep 2023 • 10:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony menawarkan kemaskini warna baharu untuk set fon telinga nirwayar LinkBuds S. Melaluinya ia kini tersedia dalam warna Violet sekaligus menyertai beberapa variasi terdahulu seperti White, Black, Ercu dan Earth Blue. Semakan menerusi laman web rasmi fon telinga ini disenaraikan pada harga RM599 dengan sesi pratempah yang dibuka sekarang dan ketersediaan pula bermula 1 November 2023.

image is not available

Sony LinkBuds S Limited Edition Violet dilengkapi kemasan serba ungu dengan sentuhan menarik yang menghasilkan tekstur seakan batu marmar. Sama seperti variasi Earth Blue sebelum ini sebahagian besar tubuhnya diperbuat daripada bahan kitar semula termasuklah pada bahagian pod pengecas dan fon telinga itu sendiri.

image is not available

Tiada perubahan besar untuk spesifikasi dilakukan namun terdapat penambahan dua mod EQ tersesuai yang dioptimumkan untuk setiap album penyanyi Olivia Rodrigo, memandangkan pengenalan fon telinga ini adalah kerjasama diantara Sony dan penyanyi itu sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved