Prec, Bateriku.com bantu urus kenderaan bermasalah di pusat beli-belah SACC

27 Jun 2023 • 10:21 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 JUN: PKNS Real Estate Sdn Bhd (Prec) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk tempoh dua tahun bersama Bateriku.com di pusat beli-belah SACC di sini semalam.

Ketua pegawai eksekutif Prec berkata kerjasama bersama syarikat pembekal bateri terkemuka itu bagi memberi bantuan kecemasan jika kenderaan pengunjung atau peniaga di kawasan tersebut bermasalah.

Fakru Radzi Ab Ghani yakin usahasama itu akan memberi dampak positif dan nilai tambah kepada kemudahan di SACC, masyarakat dan penyewa untuk meneroka peluang perniagaan baharu.

“Kerjasama ini akan membuka peluang pekerjaan, meningkatkan jumlah pengunjung dan membantu penyewa sedia ada melonjakkan jualan serta pertumbuhan perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan satu kabin hentian pit Bateriku.com akan ditempatkan di parkir utama pusat beli-belah berkenaan tidak lama lagi untuk kemudahan orang ramai.

Fakru Radzi turut mengalu-alukan kerjasama itu diperluas ke Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi, Menara Worldwide Bukit Bintang, Wisma Yakin Kuala Lumpur dan Menara PKNS Petaling Jaya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com Azarol Faizi berkata syarikat berkenaan akan menawarkan diskaun, baucar dan kupon kepada lebih sejuta pelanggan dalam acara anjuran SACC.

Menerusi MoU itu, penyewa dan pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR di pintu masuk SACC bagi mendapatkan perkhidmatan kecemasan bantuan kenderaan dari Bateriku.com.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved