Premis di Terengganu kibar bendera Israel, keluarga maklumkan pelaku ada masalah mental

20 Oct 2023 • 8:43 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dua keping gambar tular memaparkan sebuah premis yang mengibarkan bendera Israel di sebuah kawasan di Terengganu.

Hantaran yang dimuatnaik melalui group di Facebook itu telah mengundang kemarahan ramai. Bagaimanapun, pelaku dikatakan telah memohon maaf dan menurunkan bendera berkenaan.

Susulan itu, polis Terengganu sudah mengambil keterangan seorang peniaga berusia lingkungan 30-an yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah premis di sini pada Khamis.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan berhubung perkara tersebut masih diteruskan.

Menurutnya, hasil siasatan, keluarga suspek memaklumkan lelaki itu mempunyai masalah mental.

Polis masih jalankan siasatan kerana suspek pernah mempunyai sejarah berkaitan kesalahan narkotik.

“Kita sedang buat siasatan terperinci tentang isu ini dan mengenal pasti seksyen bakal dikenakan kepada suspek,” katanya.

Sumber: Sinar Harian