“Tak tahu apa motif” – Tular Gambar Bendera Israel Berkibar Depan Kedai Di Terengganu

Entertainment
20 Oct 2023 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika rakyat Palestin menderita akibat serangan daripada tentera Israel, masih terdapat segelintir masyarakat di Malaysia yang tidak sensitif dengan apa yang berlaku.

Semalam, tular dua keping gambar memaparkan sebuah premis mengibarkan bendera Israel yang didakwa berlaku di Terengganu telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Memetik sumber Sinar Harian, pelaku tersebut telah memohon maaf dan menurunkan segera bendera tersebut.

Katanya, motif melakukan perkara tersebut masih dalam siasatan polis dan pihak berkuasa memohon orang ramai untuk bertenang serta tidak mengambil tindakan sendiri.

Bagaimanapun, tindakan tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang netizen. Ada yang menganggap perkara itu memalukan dan tidak peka terhadap sensitiviti seluruh umat Islam yang ketika ini berduka dengan tragedi berdarah yang melanda di Palestin.

Ada juga yang mempersoalkan hukuman terhadap tindakan mengibarkan bendera Israel sama ada ia satu tindakan jenayah atau tidak memandangkan ia amat sensitif bagi rakyat Malaysia.

image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.