Premis jual arak berlesen guna setem cukai palsu

5 Jul 2024 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Dua premis menjual arak berlesen, yang disyaki menggunakan setem cukai palsu, diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam dua serbuan berasingan di pusat bandar ini, pada 25 Jun lalu.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, serbuan dibuat Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tawau itu merampas 6,481.8 liter minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM362,319.54, termasuk cukai.

Menurutnya, modus operandi yang digunakan suspek adalah menampal botol arak jenama terkemuka keluaran tempatan menggunakan setem cukai kastam palsu untuk mengaut keuntungan, selain mengelak dikenakan cukai.

“Dalam serbuan ini, kita turut menahan dua lelaki tempatan, yang juga pemilik premis, masing-masing berumur 55 dan 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976,” katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Zon Tawau, pada petang Rabu.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Mohd Nasir turut menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan termasuk rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.