Premis makanan diserbu, 77 warga asing dicekup

29 Apr 2026 • 3:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi menyasarkan premis makanan yang dikesan menggaji warga asing secara tidak sah. Foto JIM Johor
image is not available
Imigresen menahan 77 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Ops Selera dan Ops Mahir yang dijalankan di sekitar Johor Bahru. Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 77 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Ops Selera dan Ops Mahir yang dijalankan di sekitar daerah ini, selama dua hari sejak Isnin lepas. 

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan dilakukan hasil pemantauan dan maklumat orang awam berkaitan kegiatan majikan yang dipercayai menggaji warga asing secara tidak sah bagi mengelakkan kos penggajian yang tinggi.

"Operasi itu menyasarkan premis makanan dan sebuah hab pembungkusan sayur yang dikesan menggaji warga asing secara tidak sah dan menyalahgunakan kemudahan pas lawatan sosial. 

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 60 lelaki dan 17 wanita melibatkan 39 warga Indonesia, 11 warga Bangladesh, 26 warga Myanmar dan seorang warga China, berusia antara 18 hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

**media[3505860]**

Mohd Rusdi berkata, dua warga tempatan yang dipercayai bekerja sebagai pengurus premis dan pengurus sumber manusia turut ditahan kerana melindungi warga asing. 

Beliau berkata, mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta telah ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, Mohd Rusdi berkata sebanyak lima Borang 29, iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan bagi membantu siasatan. - Bernama

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved