Presiden FAM tawar perkembangan status jurulatih skuad B-23 negara

LocalFootball
20 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Presiden FAM tawar perkembangan status jurulatih skuad B-23 negara

Seperti skuad Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut berahsia mengenai status jurulatih baharu B-23 tahun negara dengan kedua-duanya masih belum dimuktamadkan.

Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan, berkata perbincangan di peringkat tertinggi sedang berlangsung bagi memastikan calon terbaik dipilih untuk membimbing skuad muda negara.

Pelantikan itu penting memandangkan skuad B-23 negara bakal memburu ibu segala emas dalam Sukan SEA Malaysia 2027.

"Saya ada berbincang dengan Datuk Ong Kim Swee (Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara) mengenai persediaan skuad negara menghadapi Sukan SEA selain barisan kendalian Shukor Adan akan (membawa cabaran) Piala Asia B-20.

"Kita mahu memenangi pingat emas di tempat sendiri," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal.

Nafuzi Zain yang mengendalikan skuad B-23 dalam tempoh dua tahun sejak 2024 meninggalkan FAM Jun lalu untuk kembali ke kancah Liga Malaysia bersama kelab lamanya, Terengganu.

Pencapaian terbaik Nafuzi bersama skuad muda negara adalah meraih pingat gangsa menerusi Sukan SEA Thailand tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved