Presiden FAM zahir cita-cita besar

LocalFootball
24 Sep 2026 • 10:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Presiden FAM zahir cita-cita besar

PRESIDEN baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan mahu melihat Harimau Malaya berada dalam kelompok 100 terbaik dunia dan muncul sebagai pasukan nombor satu di rantau Asia Tenggara.

Cita-cita itu dikongsikan sendiri oleh Ab Ghani dan beranggapan ia bukan sekadar omongan kosong sekiranya FAM mendapat kerjasama daripada pihak berkepentingan dalam industri bola sepak negara.

“Saya katakan juga (pemain Harimau Malaya), di peringkat awal ini kita mestilah menjadi nombor satu di peringkat ASEAN. Bukan tidak boleh buat, boleh buat, tetapi dengan penuh keyakinan, bukan FAM sahaja yang akan turut terlibat, malah kita mengharapkan juga semua pihak.

“Pemegang taruh dan sebagainya (turut) terlibat dalam memastikan bola sepak negara kembali pulih atau pun kembali cemerlang,” katanya pada Majlis Sambutan 100 Tahun FAM, kelmarin.

Harimau Malaya pernah berada di kedudukan 116 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada November tahun lalu sebelum jatuh mendadak ekoran isu pemalsuan dokumen tujuh pemain dan kini menghuni kedudukan 136.

Di pentas Asia Tenggara, Harimau Malaya ketika ini berada di kedudukan kelima di belakang Thailand (ranking 94), Vietnam (99), Indonesia (118) dan Filipina (135).

Ab Ghani menjelaskan, memperbaiki kedudukan ranking adalah cukup penting untuk mendapat undian lebih baik bagi kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia tahun depan.

“Pada Jun tahun depan akan diadakan undian dan saya juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa untuk kita dapat naikkan ranking.

“Harimau Malaya mesti kita pastikan sekurang-kurangnya dalam ‘Balang 2’, kita tidak mahu dalam ‘Balang 3’ atau ‘Balang 4’ sebab sukar nanti buat Harimau Malaya dalam pertandingan atau peringkat awal (kelayakan),” katanya.

The post Presiden FAM zahir cita-cita besar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved