Presiden Iran & Menteri Luar Dikhuatiri Maut, Helikopter Terhempas & ‘Terbakar Sepenuhnya’ – “Penduduk Dengar ‘Bunyi Kuat’”

20 May 2024 • 12:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri maut selepas helikopter dinaikinya terhempas dan ditemui dalam keadaan ‘terbakar sepenuhnya’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut laporan agensi berita Iran, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter berkenaan.

image is not available

Antara individu yang diketahui berada di dalam helikopter tersebut adalah pegawai kanan dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian.

Menurut pegawai Iran, pasukan pencari mengesan serpihan pesawat di kawasan pergunungan dan cuaca berais di wilayah Azerbaijan Timur.

Helikopter Presiden Ebrahim terbakar sepenuhnya dalam nahas itu. Kami sedang mencari dengan teliti setiap inci kawasan umum nahas, di mana cuacanya sangat sejuk, hujan dan berkabus, dengan hujan beransur-ansur bertukar menjadi salji.

image is not available

image is not available

Terdahulu, helikopter yang membawa konvoi tersebut dilaporkan ‘hilang’ ketika dalam perjalanan pulang dari merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.

Penduduk tempatan dilaporkan terdengar ‘bunyi kuat’ di wilayah Azerbaijan Timur itu tidak lama selepas helikopter tersebut berangkat pulang.

image is not available 3 months ago

(TERKINI) Pesawat Ringan Terhempas Dalam Kebun Kelapa Sawit Di Kapar, Klang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved