Presiden Iran Tetap Hadir Ke AS, Berucap Di PBB Ketika Perang Dengan Washington Masih Berlangsung

WorldPolitics
24 Sep 2026 • 12:39 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Presiden Iran Tetap Hadir Ke AS, Berucap Di PBB Ketika Perang Dengan Washington Masih Berlangsung

NEW YORK – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, mencuri perhatian apabila hadir sendiri ke New York untuk berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika konflik antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) masih berterusan.

Pezeshkian tiba di New York sebelum menuju ke ibu pejabat PBB untuk menghadiri persidangan tersebut. Kehadirannya menjadi perhatian kerana Iran ketika ini sedang berperang dengan Amerika Syarikat, menjadikan ucapan beliau antara detik penting dalam persidangan berkenaan.

Tetap Berucap Di Bumi AS

Dalam ucapannya, Pezeshkian mempertahankan pendirian Iran dan menolak tekanan Washington, sambil menegaskan bahawa Tehran tidak akan tunduk kepada ancaman atau tekanan ketenteraan.

Beliau bagaimanapun berkata Iran masih terbuka kepada dialog dan rundingan, namun bukan melalui tekanan dan ancaman.

Kehadiran beliau di pentas PBB itu turut menjadi perhatian apabila delegasi Amerika Syarikat dilaporkan meninggalkan dewan ketika ucapan Pezeshkian berlangsung.

Dalam ucapannya itu, Pezeshkian turut menyebut mengenai pembunuhan bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, serta kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah sekolah di Minab. Beliau kemudian menegaskan bahawa Iran tidak tunduk kepada tekanan, dengan berkata bahawa mereka “tidak menundukkan kepala atau berlutut”. – The Malaysian Update

The post Presiden Iran Tetap Hadir Ke AS, Berucap Di PBB Ketika Perang Dengan Washington Masih Berlangsung appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved