Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera, banteras aktiviti anti negara

3 Dec 2024 • 11:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SEOUL, 3 DIS: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol hari ini mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam “aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan,” lapor agensi berita Yonhap.

“Undang-undang tentera ini bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara dan melindungi kestabilan perlembagaan berteraskan kebebasan,” kata Yoon dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Langkah ini diambil selepas Parti Demokratik pembangkang meluluskan rang undang-undang belanjawan berskala kecil dalam jawatankuasa belanjawan parlimen, selain mengemukakan usul pendakwaan terhadap seorang juruaudit negara dan ketua pendakwa raya.

– BERNAMA-YONHAP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved